HUJAN lebat sejak awal pagi Selasa mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati dekat Ampang, Selangor pada Selasa.
Berdasarkan video yang dikongsikan di laman X, @OwToTheZie kejadian tanah runtuh dilihat berlaku berhampiran kawasan perumahan penduduk.
Lebih menakutkan, terdapat hakisan di beberapa kawasan lereng bukit dan aliran air deras di kawasan itu turut menyebabkan beberapa pokok tumbang berhampiran rumah dan kenderaan milik penduduk.
Pray for Taman Melawati. pic.twitter.com/z08v1UwRJW
— Kak Ojie Jual CikMak (@OwToTheZie) October 15, 2024
Pada masa sama, wanita itu turut memaklumkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pihak polis sudah berada di tempat kejadian.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada pukul 11.42 pagi.
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP), Syamsul Shahar memaklumkan kejadian tanah runtuh di lereng bukit berkeluasan 20x20 meter serta runtuhan berketinggian 30 meter.
"Insiden itu tidak melibatkan mangsa dan kediaman.
"Namun masih berlaku pergerakan tanah di lokasi kejadian," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram