ARTIS kontemporari Hasanul Isyraf Idris sering memasukkan unsur semula jadi seperti serangga, burung, rama-rama dan ketam dalam karya seninya.
Ketertarikannya terhadap alam semula jadi begitu mendalam, bukan sahaja sebagai elemen hiasan tetapi sebagai simbol yang mencerminkan hubungan rumit antara kehidupan, kematian dan alam sekitar.
Hasanul yang berasal dari Pulau Pinang berharap agar penonton mempertimbangkan keseimbangan halus melalui motif itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Siswa Labah-Labah daki secara merangkak, anak jati Kuching buktikan OKU mampu tawan Everest
Hasanul Isyraf Idris memenangi hadiah UOB Painting of the Year (UOB POY) 2024. — Instagram
Beliau juga seringkali menonjolkan hubungan yang tidak kelihatan di antara alam semula jadi dan pengalaman manusia.
Lebih menakjubkan, artis berusia 46 tahun itu dianugerahkan hadiah UOB Painting of the Year (UOB POY) 2024 untuk karya terbarunya, Durio baru-baru ini.
"Karya seni itu menampilkan satu siri lukisan rumit yang menyatakan kitaran hidup pokok durian, secara saintifiknya dikenali sebagai Durio, bermula daripada berbunga hingga buahnya sudah matang.
"Gambaran terperinci juga menggambarkan peranan penting lebah tanpa sengat dalam pendebungaan dan bagaimana debunga adalah sumber nutrien untuk lebah," kata Hasanul.
Sebagai pemenang pertandingan UOB POY (Malaysia) 2024, Hasanul menerima RM100,000 dan akan mewakili Malaysia untuk bersaing dengan pemenang dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam dalam anugerah UOB Asia Tenggara POY 2024.
Majlis anugerah itu akan berlangsung pada 13 November di Singapura dengan menawarkan ganjaran lumayan iaitu pemenang akan menerima hadiah wang tunai S$13,000 (kira-kira RM43,000) dan peluang untuk menghadiri residensi seni luar negara tajaan UOB.
Pada 2023, Hasanul memenangi hadiah emas dalam anugerah UOB POY (Malaysia) 2023 dalam Kategori Established Artist untuk lukisannya yang diilhamkan oleh alam semula jadi, How to Disappear Under the Brightest Star.
Beliau kini tergolong seperti bekas pemenang utama UOB POY yang terkenal termasuk Sabri Idrus, Chong Kim Chiew, dan Saiful Razman, yang semuanya telah mendapat pengiktirafan antarabangsa hasil daripada kemenangan mereka.
“Lukisan pemenang tahun ini, Durio menggambarkan dengan indah bahawa walaupun kita berbeza, namun dapat bersatu dalam hubungan manusia dengan alam semula jadi. Kita mesti mengekalkan keseimbangan yang halus ini untuk generasi akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UOB, Ng Wei Wei.
Karya seni yang menang daripada kategori Established and Emerging Artist dalam pertandingan UOB POY (Malaysia) 2024 akan dipamerkan di The Linc, Kuala Lumpur dari 29 Oktober hingga 4 November. — TheStar
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram