Berhenti tepi jalan, penunggang motosikal maut rempuh belakang lori


  • Berita
  • Ahad, 27 Okt 2024

SEORANG lelaki berusia 39 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di KM 42.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Johor.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian berlaku pada pukul 2.15 petang Sabtu (26 Oktober).

“Lori dipandu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu dilaporkan berhenti di bahu kiri jalan akibat pedal pemecut tersangkut.

BACA LAGI: 'Berkawad di dapur', diet setiap platun berbeza, pensyarah MSU 'berjuang' dalam dunia kulinari TLDM

BACA LAGI: Tak sangka, abang bomba viral dukung warga emas rupanya pelantun lagu Iban 'Ke Pengujung Seput'

“Sejurus kenderaan itu berhenti, kedengaran bunyi rempuhan kuat dari arah belakang lori.

“Hasil pemeriksaan, pemandu lori mendapati sebuah motosikal menuju arah yang sama telah melanggar bahagian belakang kanan kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan serius di muka. Dia kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Kejadian itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

====================

Keyword- Lebuhraya Senai-Desaru, lori, motosikal, maut, Mohd Sohaimi Ishak, PDRM, Polis Daerah Seri Alam.

Sumarry: Kejadian itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987u

Kepsyen: Penunggang motosikal maut rempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di KM 42.2 Lebuhraya Senai-Desaru