BAJU hujan atau jaket motosikal adalah salah satu bentuk pakaian yang mempunyai pelbagai kegunaan bahkan ia boleh digayakan sesiapa dalam apa juga keadaan.
Pada masa yang sama, kedua-duanya pakaian itu sebenarnya penting bagi mereka yang menunggang motosikal.
Jika diimbas semula, kualiti baju hujan kini sudah menjadi sangat berkualiti dan pelbagai inovasi sudah dilakukan bagi memberikan keselesaan dan memenuhi cita rasa kepada pemakainya.
Manakan tidak, dahulunya baju hujan sering dikaitkan dengan fabrik yang keras dan tebal hingga menyebabkan pemakai senang berasa panas dan bertambah kurang selesa andai dipakai pada waktu siang.
BACA LAGI: Polis buru 4 lelaki bantu kes dakwaan anak Abuya dikurung di Batu Hampar
BACA LAGI: Sahkan tiada aktiviti letupan kuari, Polis Perak siasat punca sebenar bunyi dentuman kuat di Ipoh
Kepada mereka yang tertanya mengapa terdapat penunggang motosikal yang memakai baju hujan di siang hari, jawapannya adalah sebagai pelindung badan daripada terkena objek kecil pada badan.
Menunggang pada kelajuan yang tinggi, objek kecil boleh memberi sakit dan impak yang besar kepada penunggang.
Lapisan jaring baju hujan yang akan menyejukkan penunggang motosikal meskipun dipakai waktu siang.
Jadi penting bukan baju hujan untuk dipakai sepanjang menunggang motosikal? Ya, memang mustahak.
Revolusi terhadap pakai tersebut dari semasa ke semasa dapat dilihat dari segi jenis fabrik yang digunakan. Rata-rata bahan pembuatan baju kini sudah menggunakan kain yang lembut.
Malah, fabrik yang digunakan tidak panas dan selesa dipakai bila-bila masa.
Baju hujan dari Wind Runner Asia dengan rekaan yang bergaya.
Misalnya baju hujan dari Wind Runner Asia. Ia direka dengan lapisan kain jaring di bahagian dalam dan kain licin di bahagian luar supaya ruang dalaman baju telus angin dan tidak panas jika dipakai walaupun pada waktu siang.
Bahkan ketahanan kalis airnya juga telah diuji di bawah kederasan sungai dan pancuran air menggunakan paip bomba. Ternyata ia berkesan dan tidak bocor di dalamnya. Ini membuktikan betapa berkualitinya baju hujan zaman sekarang.
Selain itu, reka bentuk dan corak baju hujan juga tidak membosankan dan cantik untuk digayakan secara kasual. Pelbagai jenis warna dan corak telah dikeluarkan oleh jenama tempatan bagi memberikan gaya yang begitu elegan.
Bukan setakat itu, terdapat fungsi tambahan daripada rekaan tersebut yang memberikan keselamatan tambahan, misalnya corak garisan putih yang bercahaya dalam gelap.
Walaupun kebanyakan baju hujan berwarna hitam atau gelap, fungsi tersebut akan membantu mewujudkan keberadaan anda sebagai penunggang motosikal ketika melalui jalan gelap terutamanya ketika hujan.
Pantulan terang akan bersinar dari jauh jika cahaya kenderaan memancar di badan anda.
Inovasi baju air bag daripada Alpinestars Tech.
Satu lagi inovasi jaket motosikal ialah baju air bag atau angin daripada Alpinestars Tech. Bukan sekadar mengeluarkan jaket kalis air bahkan, jaket teknologi tersebut dikeluarkan khusus buat beberapa jenis motosikal berkuasa tinggi.
Ia memiliki kualiti seperti kalis hujan dan boleh diisi dengan angin secara automatik dari dalam baju dan akan kembang jika terdapat impak kuat pada badan seperti situasi jatuh di atas jalan raya.
Ciri-ciri tersebut membantu penunggang daripada terkena hentakan kuat yang menyebabkan anggota badan cedera atau patah.
Bagi yang berkemampuan, tidak salah rasanya jika anda ingin mendapat baju hujan daripada jenama besar seperti Ducati atau Harley Davidson.
Ini kerana kualiti barang tersebut terjamin namun perlu ingat harga yang ditawarkan juga tidak murah atas faktor jenama yang premium.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram