SEORANG pelajar Malaysia disabitkan kesalahan membunuh di United Kingdom kerana menamatkan riwayat bayinya yang baru lahir dengan menyumbat mangsa di dalam kotak bijirin.
Tertuduh, Teo Jia Xin, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas mayat bayi itu ditemui disumbat dalam kotak tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik dan disembunyikan dalam beg pakaian.
Crown Prosecution Service (CPS) berkata, Teo mengandung bayi itu selama sembilan bulan sebelum melahirkannya pada 4 Mac lalu.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Pendakwa raya memaklumkan keadaan bayi berkenaan masih hidup selepas dilahirkan dan Teo sedar bayi itu akan mati jika dia memasukkan mangsa ke dalam kotak.
Polis West Midlands telah ke kediaman Teo dua hari selepas suspek ke hospital di mana pemeriksaan menunjukkan ada tanda-tanda dia melahirkan anak.
Ketika disoal kakitangan hospital sama ada dia telah melahirkan anak, Teo menafikannya perkara tersebut.
Bagaimanapun, apabila siasatan dijalankan oleh polis, dia kemudiannya mengaku telah melahirkan bayi berkenaan.
Selain itu, tertuduh turut mendakwa mendengar suara mengarahkannya untuk membuang bayi itu namun dakwaan tersebut ditolak oleh juri.
James Leslie Francis dari CPS berkata, Teo tiba di Britain ketika mengandung dan percaya akan melahirkan bayi itu serta mendapatkan bantuan, akan tetapi dia bertindak merahsiakan kehamilannya untuk menghalang sesiapa daripada menemui bayi berkenaan.— The Star/R.Sekaran
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram