Peniaga KL kecam tindakan ambil alih bazar Ramadan, ragu pengurusan DBKL


  • Massa
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Kemeriahan Bazar Ramadan yang sentiasa ditunggu-tunggu setiap tahun di seluruh Malaysia.

SEBILANGAN persatuan peniaga kecil tidak yakin dengan kemampuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menguruskan 65 bazar Ramadan di ibu negara pada tahun depan tanpa bantuan pihak mereka.

Sebelum ini, persatuan di bawah seliaan DBKL mengendalikan pengurusan bazar termasuk kutipan sewa serta peruntukan lot perdagangan.

Namun pada Isnin, DBKL baru-baru ini apabila menyatakan mereka akan menguruskan bazar itu tanpa bantuan daripada persatuan, sekali gus mengundang maklum balas daripada pihak berkepentingan itu.

BACA LAGI: Tragedi teman ayah pergi bank, budak 7 tahun maut kena hempap bongkah simen di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja kedai makan cedera lengan kanan kena tetak lelaki berparang di Raub

Persatuan-persatuan yang terlibat telah mengadakan sidang media di Jalan Kuching untuk membantah tindakan tersebut dan menggesa satu sesi pertemuan diadakan.

A media conference was held to announce the latest statement by YB Minister of JPM, Dr. Zaliha, who ordered the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) to take over and not allow the association to manage the operation of the Ramadan bazaar for 2025. This decision was taken to ensure that the management of the bazaar is more organized and meets the standards set by the local authorities. DBKL is expected to introduce new measures to ensure the smooth operation of the bazaar and the interests of traders and visitors are protected.—LOW BOON TAT/The Star.

Gulam Muszaffar menyangkal PMKL mengaut keuntungan lebih daripada peniaga bazar.

Presiden Persatuan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PMKL), Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, terdapat tanggapan salah bahawa persatuan itu mengaut keuntungan berlebihan daripada peniaga.

“Dahulu, kami biasanya mengenakan antara RM600 dan RM900 setiap lot dagangan untuk bazar Ramadan.

“Bagaimanapun, baru-baru ini kami menerima laporan daripada beberapa peniaga mendakwa mereka perlu membayar sehingga RM1,000 kepada DBKL,” katanya.

Gulam Muszaffar berkata, persatuan itu hanya mengenakan sedikit bayaran untuk menguruskan permohonan peniaga dan memastikan penyelarasan serta keselamatan di tapak diuruskan dengan baik.

A media conference was held to announce the latest statement by YB Minister of JPM, Dr. Zaliha, who ordered the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) to take over and not allow the association to manage the operation of the Ramadan bazaar for 2025. This decision was taken to ensure that the management of the bazaar is more organized and meets the standards set by the local authorities. DBKL is expected to introduce new measures to ensure the smooth operation of the bazaar and the interests of traders and visitors are protected.—LOW BOON TAT/The Star.

Rosli memaklumkan terdapat beberapa peniaga warga emas terbeban dengan sistem aplikasi dalam talian DBKL.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman pula mempersoalkan persediaan dan kelengkapan DBKL untuk mengendalikan jumlah permohonan untuk berniaga di bazar Ramadan.

Beliau menganggarkan kira-kira 4,500 peniaga akan beroperasi di 65 lokasi bazar di Kuala Lumpur sepanjang Ramadan tahun depan yang dijangka bermula pada 2 Mac.

Beliau berkata, beberapa peniaga warga emas terbeban dengan sistem aplikasi dalam talian DBKL.

“Terdapat juga kebimbangan mengenai kaedah pembayaran. Walaupun persatuan boleh menerima bayaran ansuran, DBKL biasanya memerlukan jumlah sekali gus.

"Isu ini timbul selepas DBKL mengumumkan bahawa mereka akan mula menguruskan bazar Ramadan tanpa melalui orang tengah," ujar Rosli.

Pada masa sama, keputusan DBKL itu juga merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa sebagai respons kepada kontroversi bazar Deepavali di Brickfields, selepas tular video menunjukkan beberapa peniaga kecewa kerana mereka tidak dibenarkan beroperasi di sebuah tapak.

Dr Zaliha berkata, semakan mendapati persatuan yang bertanggungjawab menguruskan bazar Deepavali menawarkan lebih banyak lot daripada jumlah yang dibenarkan DBKL iaitu 20 tapak.

“Ini bukan kali pertama kejadian sebegitu berlaku kerana situasi serupa juga pernah berlaku sepanjang Ramadan pada tahun-tahun yang lepas.

"Saya telah meminta DBKL mengambil alih pengurusan bazar," umum beliau.

Bagi menyelesaikan isu bazar Deepavali, DBKL berkata, khemah tambahan akan diperuntukkan bagi menempatkan baki peniaga yang tercicir. — The Star/ARID WAHAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram