PADA 2022, juruadaun, jurutera rakaman dan penerbit muzik kelahiran Kuching, Sarawak, Alvin Wee menjadi topik hangat selepas dia dinobatkan selaku pemenang Anugerah Persatuan Audio Pawagam Hollywood (CAS) bagi menerusi buah tangannya bagi penghasilan adunan runut lagu filem Encanto Disney.
Berita tersebut sememangnya sesuatu yang cukup membanggakan buat negara.
Malah, tidak sekadar itu, pemuda berusia 36 tahun itu turut merangkul pelbagai anugerah bagi penghasilan runut lagu filem yang sebelum memperoleh anugerah Grammy.
Tidak dapat dipastikan sama ada status Alvin sebagai graduan daripada Institut Teknologi Maklumat Nusantara dan pusat pendidikan muzik berprestij Berklee College of Music adalah punca utama menyebabkan kehadirannya dirasai di Hollywood.
Namun, portfolionya terus berkembang maju dari tahun ke tahun tahun apabila dia turut dengan filem berprofil tinggi seperti Mulan (2020), No Time To Die (2021) dan Top Gun: Maverick (2022).
Bagaimanapun, pada sama sama, selain filem dan televisyen, Alvin kini turut terlibat menghasilkan muzik untuk permainan video, termasuk Lightning Returns: Final Fantasy XIII; Kingdom Hearts 2.5; Resident Evil XII; Kolaborasi PUBG Mobile X Arcane; Kena: Bridge Of Spirits dan Uncharted: A Thief's End.
“Muzik untuk video permainan adalah lebih interaktif. Saya dan rakan yang terlibat dalam penghasilan kesan bunyi, suka menggunakan muzik dan bunyi untuk membina dunia bagi membuatkan pemain berasa lebih tenggelam dalam permainan mereka.
“Ia juga membantu untuk memberikan petunjuk audio dalam permainan video. Ia satu lagi cara untuk menambah keseronokan dan interaktiviti, " kata Alvin yang memiliki kepakaran sebagai juruadun atau mixer.
Menurutnya, pendekatannya sedikit berbeza apabila melibatkan pencampuran medium yang linear seperti filem, TV, dan permainan.
"Dalam medium linear, tindakan pada skrin tidak dipengaruhi penonton. Ini memberi saya lebih banyak ruang untuk menumpahkan fokus terhadap kerja saya. Dalam permainan video, bagaimanapun, saya perlu bergaul untuk skop yang lebih luas dan mengambil kira pelbagai perbezaan," ujarnya.
Alvin berkata, kerjanya kini tertumupu terhadap adunan muzik sama ada untuk filem atau permainan. — ALVIN WEE
Alvin berkata, proses kerjanya kini tertumpu di peringkat pencampuran muzik, sama ada untuk filem atau permainan.
Sebagai juruadun muzik, Alvin berkata, tugasnya adalah mengambil bahan yang diberikan komposer dan memastikan ia dapat dipersembahkan dengan baik.
"Ia seperti seorang chef," katanya dalam temu bual sebelum ini.
“Komposer mencipta sesuatu, dan kemudian menjadi tanggungjawab saya untuk mengambil semua bahan dan menyusunnya serta memastikan ia dipersembahkan dengan baik. Tugas saya ialah menangkap, menyunting, memformat dan mempersembahkan,” ujarnya.
Pada masa sama, ramai orang sering kali keliru mengenai tugas sebenar yang dilakukan oleh Alvin.
"Membuat 'bunyi' untuk video permainan adalah perkara yang berasingan. Sering kali istilah menjadi kabur dan orang fikir saya mencipta laser dan bunyi enjin jet untuk apa yang anda lihat pada skrin.
"Saya mempunyai rakan setugas yang bekerja keras dan sangat menyukai pekerjaan itu, tetapi saya jauh daripada layak untuk melakukan itu dan saya cukup menghormati individu yang melakukan tugasan itu," katanya.
Dalam pada itu, Alvin berkata, terdapat banyak program audio atau bunyi boleh membantu seseorang meletakkan diri mereka di dalam industri permainan bergantung pada minat.
Katanya, individu yang bekerja dalam mencipta bunyi bagi permainan video dipanggil sebagai pereka bunyi atau foley artist.
Foley artists bertanggungjawab mencipta bunyi seperti 'gosokan baju', bunyi badan dan tapak kaki.
Pereka bunyi sebaliknya, mencipta bunyi sintetik.
"Beberapa contoh terbaik daripada ini ialah bunyi Transformers yang berubah daripada kereta kepada robot atau bunyi lampu saber... satu bunyi yang sangat hebat dicipta daripada kosong!" ujar Alvin.
Satu lagi pencapaian berjaya diraihnya apabila mengadun muzik untuk alat realiti maya (VR).
Pada 2018, dia bekerja bersama Buddy VR, yang memenangi kategori Realiti Maya Terbaik dan Pengalaman Pengguna Imersif VR di Festival Filem Venice.
Walaupun dia memperuntukkan sebahagian besar daripada kehidupan persekolahannya bermain tujuh hingga 14 video permainan Pokemon, Starcraft, Tetris dan Tekken, Alvin berkata, dia kini tidak lagi aktif seperti dahulu.
Menurut Alvin, pendekatannya digunakan sedikit berbeza apabila melibatkan pencampuran medium linear seperti filem, TV, dan permainan. — ALVIN WEE
Namun, pengalamannya dalam bidang permainan cukup berguna dalam pekerjaan yang dilakukannya.
“Walaupun tidak perlu bagi seseorang untuk menjadi pemain untuk berada dalam industri ini, ini tidak bermakna ia tidak membantu. Ramai rakan saya menceburi industri ini kerana mereka sukakan permainan,” ujarnya yang secara peribadi menggemari runut bunyi permainan seperti Metal Gear Solid II, Mario Bros, Final Fantasy dan Kingdom Hearts.
Menurut Alvin, antara runut permainan dihasilkannya adalah Final Fantasy XIII.
“Ia adalah permainan tajuk AAA pertama saya. Saya cukup gembira dapat bekerja bersama rakan juruadun/jurutera audio dan komposer permainan Malaysia Falk Au-Yeong.
"Tidak dilupakan juga kepada rakan saya Shota Nakama, penerbit muzik permainan video yang memberi saya peluang pertama itu dan kemudian banyak lagi pekerjaan lain selepas itu,” kata Alvin
Ditanya mengenai cabaran sebagai rakyat Malaysia untuk mendapat tempat di persada antarabangsa sebagai jurutera muzik, Alvin berkata, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik perhatian dunia.
"Saya tidak fikir dari mana anda datang adalah satu cabaran seperti sebelum ini. Sebahagian besar daripada perkara yang perlu anda lakukan ialah membina kehadiran secara dalam talian.
“Selain itu, melancong dan bertemu orang adalah besar dalam hal memperkenalkan kehadiran anda dalam industri. Ia adalah satu proses yang panjang dan lebih ramai orang yang anda ada di sekeliling anda, lebih tinggi peluang anda untuk menyertai sesuatu projek.
“Sebahagian besar misi saya adalah untuk memberi peluang kepada pemuzik, jurutera dan penerbit baharu yang datang dari Malaysia untuk datang mengikuti saya di studio saya di Los Angeles," ujarnya. — The Star/ANN MARIE CHANDY
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram