TENTERA Israel pada Sabtu mengumumkan Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah terbunuh dalam serangan yang dilakukannya di Beirut pada Jumaat.
Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan daripada kumpulan pejuang Lubnan.
"Hassan Nasrallah sudah meninggal dunia," kata jurucakap tentera Leftenan Avichay Adraee, dalam catatan di platform sosial X.
BACA LAGI: [VIDEO] Penganalisis kemuka bukti, Michael Oliver didakwa pengadil Manchester City
BACA LAGI: GISBH tak pernah bayar zakat — LZS
Hizbullah dan Israel terlibat dalam peperangan sempadan sejak permulaan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang mengorbankan lebih 41,500 penduduk, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Oktober tahun lalu.
Masyarakat antarabangsa telah memberi amaran terhadap serangan di Lubnan kerana ia akan meningkatkan konflik Gaza menjadi perang serantau.
Adraee menjelaskan bahawa serangan udara tersebut dijalankan dengan "risikan tepat daripada agensi risikan tentera," menyasarkan lokasi di mana kepimpinan Hezbollah dilaporkan sedang menyelaraskan serangan terhadap Israel.
Tambahnya operasi itu juga mengakibatkan kematian Ali Karki, pemimpin barisan selatan Hizbullah, dan beberapa komander lain.
Hizbullah masih belum memberi sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.
Israel telah mengebom Lubnan sejak Isnin (23 September) dengan serangan yang telah mengorbankan lebih 700 orang dan mencederakan hampir 2,200 penduduk, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Lubnan.
Kementerian Kesihatan Lubnan juga menyatakan jumlah korban di Lubnan sejak Oktober lalu adalah 1,540 orang.
Manakala lebih daripada 77,000 rakyat telah dipindahkan dari bahagian selatan dan timur negara itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram