Tiga lelaki, 2 wanita maut nahas lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing


  • 112
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas KKM.

TIGA lelaki dan dua wanita dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan, pada Jumaat.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Mohd Junaizi Jusoh, 48 dan penumpangnya, Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35; Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20 dan pemandu lori G Mageswara, 53.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.25 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

BACA LAGI: [VIDEO] Lima maut, 22 cedera pengganas serang kemudahan Turkish Aerospace Industries

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes mengamuk pecah cermin kereta, besar kemungkinan angkara masalah ‘sambung bayar’

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas.

“Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada Jumaat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram