[VIDEO] Bahaya pergerakan tanah cerun berterusan, jalan ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya


  • 112
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Laluan di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup sepenuhnya susulan kes tanah runtuh pada Jumaat.

INSIDEN tanah runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Pahang pada Jumaat mengakibatkan laluan tersebut ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penutupan jalan di kedua-dua arah bermula pada pukul 5 petang bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan jalan sehingga selesai.

"Penutupan penuh perlu dilaksanakan kerana masih terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian yang berisiko tinggi untuk dilalui oleh kenderaan.

"Kerja-kerja pembersihan jalan dikendalikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: Stairs of Death antara 5 trail 'bucket list' uji kekuatan fizikal dan mental hikers kental

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal buat benda disukai, peluncur ombak jelita Itali maut, dada tertusuk ikan todak di Sumatera Barat

Sehubungan itu, Zainal menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Pahang berhampiran Tapah jika ingin ke Cameron Highlands.

"Pengguna juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dilaksanakan," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram