[VIDEO] Puncak Alam dilanda badai ribut, beberapa kenderaan rosak dihempap papan tanda pasar raya


  • Tular
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir di pekarangan sebuah pasar raya di Puncak Alam rosak dihempap pokok ketika ribut dan hujan lebat pada Jumaat. — Facebook/ Mohd Firdaus

BEBERAPA kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir di pekarangan sebuah pasar raya di Puncak Alam, Selangor rosak dihempap pokok ketika ribut dan hujan lebat pada Jumaat.

Melalui perkongsian di laman media sosial, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.

Menurut seorang pengguna media maya, Mohd Firdaus insiden tersebut berlaku selepas struktur papan tanda pasar raya berkenaan rosak ekoran ribut kuat yang melanda lalu menghempap kenderaan yang diparkir di hadapan premis berkenaan.

BACA LAGI: Tragedi teman ayah pergi bank, budak 7 tahun maut kena hempap bongkah simen di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja kedai makan cedera lengan kanan kena tetak lelaki berparang di Raub

"Habis rosak kereta, kejadian hujan ribut sebentar tadi (petang Jumaat)," tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media maya, Fendy Spike turut berkongsi satu video memaparkan hujan serta angin kuat melanda kawasan tersebut.

"Berhati-hati semua. Ribut sekitar Puncak Alam dan Eco Grandeur. Dugaan serta cubaan, semoga ALLAH melindungi kita," katanya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram