MALANG tak berbau, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas ditimpa serpihan bongkah simen yang pecah di bangunan Kompleks Al-Azim dekat Bukit Baru, Melaka pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, mangsa Ong Lun Keat dipercayai maut di tempat kejadian ekoran cedera parah di beberapa anggota badan.
Sementara itu, ayah dan adik mangsa yang berusia lima tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
BACA LAGI : Dari bayangan Bruce Lee ke layar perak, Saiful Zelwany turun ilmu seni pertahan diri buat Syafie Naswip
BACA LAGI: [VIDEO] Kes curi bateri kereta bukan kali pertama, elak parkir kawasan gelap di Batu Caves
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan awal, kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa bersama adik lelakinya mengikuti bapa mereka yang berusia 42 tahun ke sebuah bank yang terletak di bangunan tersebut.
Mangsa Ong Lun Keat dipercayai maut di tempat kejadian ekoran cedera parah di beberapa anggota badan.
“Ketika anak-beranak itu keluar dari bank, tiba-tiba serpihan bongkah simen daripada struktur bangunan di bahagian atas sebuah premis restoran makanan segera, Domino's Pizza bersebelahan jatuh menimpa mereka.
“Akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital oleh orang awam, manakala bapa berusia 42 tahun serta adiknya mengalami kecederaan ringan," katanya pada Khamis.
Tambahnya, bantuan pernafasan telah diberikan oleh pasukan perubatan selama 60 minit, namun mangsa disahkan telah meninggal dunia.
"Hasil laporan bedah siasat yang dijalankan oleh Hospital Melaka pada Rabu mendedahkan mangsa meninggal dunia dengan pelbagai kecederaan selepas dihempap serpihan bongkah simen tersebut," katanya. — The Star/ RSN MURALI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram