[VIDEO] Ajal di selekoh susur keluar WCE, pemandu treler maut lori terbalik rempuh besi penghadang jalan


  • Tular
  • Khamis, 24 Okt 2024

Keadaan lori treler terbabit yang terbalik dalam kemalangan pada Khamis.

SEORANG lelaki dipercayai maut selepas lori treler dipandunya terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah Utara di Persimpangan Banting, Selangor ke Persimpangan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada Khamis.

Insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari.

Menerusi video dikongsikan orang awam, treler dipercayai terbabas sebelum terbalik melepasi besi penghadang jalan di susur keluar lebuh raya terbabit.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Difahamkan, pihak berkuasa turut terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat mengangkat treler terbabit daripada lokasi kemalangan.

Setakat laporan ini ditulis, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut dengan punca kemalangan masih tidak diketahui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram