[VIDEO] Kena rempuh kereta brek tak makan di Colorado, 'towing bar' jadi penyelamat nyawa mekanik, masih bersahabat sampai sekarang


  • Benua
  • Rabu, 23 Okt 2024

Tangkap layar kejadian kemalangan di bengkel yang hampir meragut nyawa seorang pekerja di Colorado, AS.

SEORANG mekanik di Colorado, Amerika Syarikat (AS) berdepan detik ngeri hampir meragut nyawanya selepas dia dirempuh oleh sebuah kereta yang mengalami kegagalan brek ketika sedang bertugas di bengkelnya.

Insiden cemas itu yang tular sejak Isnin turut dirakam oleh kamera keselamatan di premis berkenaan.

Berdasarkan klip tersebut, pintu bengkel terbabit dilihat baru terbuka.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Bagaimanapun, sebuah kenderaan secara tiba-tiba dilihat meluru masuk sehingga merempuh dan menyeret tubuh pekerja tersebut sepanjang beberapa meter.

Namun, apa yang ajaib adalah apabila pekerja berkenaan dikenali sebagai Sam dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat dalam kemalangan tersebut, menurut individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan, terdapat sebuah alatan bengkel seperti bar tunda (towing bar) dilihat melindungi bahagian kepala Sam daripada menerima impak dihentam oleh kenderaan berkenaan.

Ketika kejadian, kereta terbabit yang dipercayai mengalami kegagalan brek dilaporkan dipandu oleh seorang lagi pekerja di bengkel tersebut.

"Awak okey ke? Awak okey ke?", jerit pekerja yang memandu kereta terbabit terhadap mangsa sejurus selepas insiden tak terduga terbabit.

Difahamkan, kejadian itu sedikit pun tidak menjejaskan hubungan baik kedua-dua pekerja berkenaan yang masih bersahabat sehingga sekarang, namun siasatan lanjut masih dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram