Taman Melawati antara 114 kawasan 'hotspot' tanah runtuh — MB Selangor


  • Primer
  • Rabu, 16 Okt 2024

Hujan lebat yang turun sejak beberapa bulan lalu mengakibatkan insiden tanah runtuh meningkat di sekitar Ampang Jaya.

LOKASI kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Selasa dikenal pasti sebagai salah satu daripada 114 kawasan sekitar Ampang Jaya yang berisiko mengalami insiden sedemikian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, terdapat kira-kira 400 kawasan lain yang diletakkan di bawah kategori 'zon jingga' yang juga berdepan risiko sedemikian.

"Sekiranya kita lihat kepada struktur tanah, kawasan ini (Taman Melawati) terletak di atas batu kapur. Dari Hulu Klang ke Batu Caves, kawasan ini mempunyai banyak kawasan batu kapur dan apabila air mengalir untuk beberapa bulan, risiko tanah runtuh meningkat," katanya.

BACA LAGI: Tanah runtuh Taman Melawati, penduduk gesa segera henti pembangunan cerun bukit

BACA LAGI: [VIDEO] Tanah runtuh Taman Melawati kini diklasifikasikan berisiko tinggi, 300 penduduk diarah segera berpindah

SHAH ALAM, 19 Julai -- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika ditemu bual mengenai perkembangan wabak COVID-19 di Kediaman Menteri Besar Selangor Seksyen 7 Shah Alam.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Amirudin meminta penduduk sekitar Selangor untuk terus berhati-hati.

Pada Selasa, kejadian tanah runtuh berlaku pada pukul 10.15 pagi berikutan hujan lebat yang memaksa penghuni 20 kediaman di kawasan berkenaan mengosongkan tempat tersebut.

Empat rumah dan sebuah kereta terkesan akibat tanah runtuh itu, namun tiada insiden melibatkan nyawa dilaporkan.

Amirudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak berkata, pihak berkuasa sudah mengambil langkah berhati-hati terhadap beberapa kawasan yang boleh mengalami kejadian sama.

Beliau turut mengingatkan poenduduk sekitar Selangor, terutamanya yang berada di kawasan pesisiran untuk bersedia dengan fenomena air pasang besar yang dijangka terjadi dari Jumaat ke Ahad. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram