WAKTU daftar masuk dan keluar hotel bukan bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perkara berkaitan rumah tumpangan dan pemalaman, termasuk kawal selia operasi premis diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Ia termaktub dalam Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
BACA LAGI: Ambil iktibar tragedi Farah Kartini, wanita perlu belajar seni pertahan diri — Kak Long Zara
"Ini bermakna kawalan rumah tumpangan dan rumah bermalaman adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang diselia oleh bidang kuasa tempatan (PBT) dan negeri masing-masing," katanya pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang membangkitkan isu penetapan waktu daftar masuk dan keluar oleh pengusaha hotel.
King Sing berkata, perkara berkaitan rumah tumpangan dan pemalaman, termasuk kawal selia operasi premis diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, King Sing berkata, Motac akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkaitan, termasuk kerajaan negeri dan PBT berkaitan kewajaran memasukkan peruntukan baharu ke dalam akta tersebut.
Beliau berkata, Motac telah pun berhubung dengan wakil persatuan industri hotel pada 17 Oktober lalu untuk membincangkan isu seperti kekurangan kakitangan dalam pengemasan yang menjejaskan proses daftar masuk dan daftar keluar.
Jelas beliau lagi, bahawa Motac juga sedang melakukan kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menangani pengambilan pekerja asing dalam sektor hospitaliti.
"Kerjasama ini penting untuk mengekalkan standard dan kualiti penginapan pelancong yang tinggi, terutamanya ketika kami bersedia untuk kempen Melawat Malaysia 2026," katanya.
Pada 20 Oktober lalu, King Sing telah mencadangkan agar hotel menawarkan penginapan 23 jam penuh untuk meningkatkan kepuasan tetamu.
Beliau berkata, di peringkat antarabangsa, adalah perkara biasa bagi hotel membenarkan daftar masuk pada pukul 2 petang dan daftar keluar pada tengah hari atau 1 petang keesokan harinya, sambil mengekalkan kebersihan dan kualiti perkhidmatan.— The Star/HO JIA WEN/MARTIN CARVALHO/TEH ATHIRA YUSOF
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram