Guna tanah kerajaan simpan makanan golongan rentan, NGO rayu DBKL lanjut notis kosongkan premis


  • Massa
  • Rabu, 09 Okt 2024

Insaf Malaysia diarah untuk mengosongkan tanah di Taman Setiawangsa memandangkan DBKL sedang merancang untuk membangunkan taman dan kemudahan sukan di kawasan berkenaan.

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Insaf Malaysia yang berpangkalan di Setiawangsa, Kuala Lumpur, merayu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melanjutkan notis 14 hari mengosongkan tanah milik kerajaan yang diguna mereka.

NGO terbabit diberi masa sehingga 14 Oktober ini untuk berpindah dari Lot 30528 di Jalan Setiawangsa 8A, Taman Setiawangsa, yang terletak di belakang ibu pejabatnya.

NGO itu menggunakan premis tersebut sebagai tempat untuk menyimpan makanan kering untuk disalurkan kepada rumah anak yatim dan isi rumah berpendapatan rendah di sekitar Lembah Klang.

BACA LAGI: Penyebab kematian Al Fateh: Pengasuh hanya mengangguk faham, menangis di kandang tertuduh Mahkamah Majistret Alor Gajah

BACA LAGI: Tak sempat pandu kereta hadiah anak, bapa maut lepas cabut 23 batang gigi di China

Insaf Malaysia president Ishak Abd Kadir.

Ishak memohon DBKL untuk melanjutkan notis kepada enam bulan kerana baginya, 14 hari terlalu singkat.

Terdapat juga ruang memasak untuk pekerja menyediakan makanan bagi golongan memerlukan.

Presiden Insaf Malaysia, Ishak Abd Kadir berkata, tanah berkenaan adalah milik DBKL.

Tambahnya, satu mesyuarat telah diadakan pada 30 September lalu melibatkan wakil DBKL, Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWPKL), pejabat parlimen Setiawangsa dan polis.

“Saya dimaklumkan DBKL telah meluluskan rancangan untuk membina taman dan kemudahan sukan di tapak tersebut dan oleh sebab itu, kami diarahkan untuk mengosongkan premis itu.

“Namun, 14 hari terlalu singkat. Kami akan menulis surat kepada DBKL untuk membuat permohonan lanjutan kepada enam bulan,” katanya.

Beliau berkata, Insaf Malaysia telah menggunakan tapak tersebut selama enam tahun.

“Pada mulanya, ia adalah tanah kosong yang dipenuhi sampah dan menjadi sarang serangga perosak, jadi kami membersihkannya.

“Tanah itu milik PPTGWPKL. Kami meminta untuk menyewanya tetapi permintaan itu ditolak.

"Beberapa tahun kemudian, pejabat tanah mengeluarkan notis mengatakan bahawa hak milik telah dipindahkan kepada DBKL," jelasnya.

Katanya lagi, perkara itu telah dibawa kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun setakat ini masih belum ada maklum balas. — The Star/FARID WAHAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram