[VIDEO] Pelumba bergaduh dalam litar motorcross di Kemaman


  • Tular
  • Isnin, 21 Okt 2024

Tangkap layar video tular memaparkan pergaduhan tercetus dalam satu perlumbaan motocross di sebuah daerah di Terengganu pada Ahad.

TULAR satu kejadian pergaduhan dipercayai berlaku di sebuah acara perlumbaan motosikal lasak, motocross di Kemaman, Terengganu pada Ahad.

Dalam satu video yang tersebar di media sosial sejak Isnin, beberapa individu termasuk pelumba dilihat bergelut antara satu sama lain di sebuah litar motorcross.

Keadaan tegang tersebut dipercayai berlaku selepas wujud rasa tidak puas hati membabitkan beberapa pelumba yang terlibat dalam perlumbaan tersebut.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 jut

Bagaimanapun, klip berdurasi satu minit itu menyaksikan pergaduhan tersebut dapat dileraikan orang ramai berada di lokasi.

Dalam pada itu, Majoriti dimaklumkan bahawa situasi terbabit tercetus apabila timbulnya salah faham selepas tamat perlumbaan.

Ini kerana terdapat beberapa pelumba berasa tidak puas hati terhadap insiden yang berlaku semasa perlumbaan.

Namun, situasi tegang terbabit dilaporkan berlaku dalam tempoh singkat dan hanya melibatkan kejadian tolak menolak.

Keadaan bagaimanapun dapat dikawal dengan kehadiran orang ramai yang membantu meleraikan ketegangan yang berlaku.

Difahamkan, kedua-dua pihak yang terbabit sudah bertemu dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku dengan kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram