[VIDEO] 'Friendly match saja pun', fans The Rhinos bengang aksi pemain Tawau FA 'makan' Saddil Ramdani


  • Podium
  • Isnin, 14 Okt 2024

Tangkap layar memaparkan suasana tegang antara pemain Sabah FC dan Tawau FA dalam perlawanan persahabatan pada Sabtu.

SABAH FC menang tipis bertemu kelab amatur, Tawau FA dalam perlawanan persahabatan yang diadakan pada Sabtu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, Sabah itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menang tipis dengan meraih keputusan 2-1.

Beraksi di hadapan hampir 10,000 penyokong setia yang hadir, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan persembahan yang cukup memukau.

BACA LAGI: [VIDEO] STL 2024: KL Thunder lakar hatrik tawan GP Perak tapi fans tak restu 'killer' pilihan milik Perak Bison

BACA LAGI: [VIDEO] STL 2024: 'Killer dah ukur gelanggang dulu', Perak Bison tundukkan ATM Guardians di laman sendiri

Tawau FA berjaya memberi saingan sengit kepada The Rhinos apabila berhasil mencuri satu gol pada babak kedua perlawanan.

Dua gol Sang Badak pula disumbangkan oleh pemain pertahanan, Gabriel Peres dan pemain import, Joao Pedro.

Bagaimanapun, perlawanan persahabatan itu dicemari dengan insiden kurang menyenangkan apabila tonggak Sabah, Saddil Ramdani dikesan dikasari pemain Tawau FA.

Berang dengan terjahan keras itu, Saddil dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan pemain berkenaan.

Menerusi satu video yang tular di Facebook itu, pergaduhan antara kedua-dua pasukan hampir tercetus apabila Saddil dilihat menghampiri pemain tersebut sebelum ditenangkan oleh rakan sepasukan.

Susulan insiden itu, pengadil perlawanan melayangkan kad kuning kepada pemain berkenaan dan aksi kembali tenang.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong Negeri Di Bawah Bayu itu tidak bersetuju dengan tindakan pemain Tawau FA tersebut.

Menurut mereka, aksi tersebut hanyalah perlawanan persahabatan yang perlu dimainkan dengan santai dan tanpa kekerasan kerana pemain Sabah perlu mengelakkan sebarang kecederaan menjelang saingan Liga Super bertemu Perak FC pada 19 Oktober nanti di gelanggang lawan.

"Perlawanan persahabatan saja pun, janganlah kamu cederakan pemain Sabah FA, kalau cedera susah ow,"kata Santiago Pedro.

"Bukan setakat Saddil saja marah, semua orang pun akan marah kalau tackle macam tu, dia saja baru sembuh dari kecederaan," kata Harrasnaufal Harras.

"Persahabatan saja pun sampai nak tendang pemain kaki Sabah FC, nanti Sabah ada game lawan Perak, kalau injured memang susahlah," kata Imran Akim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram