Saya bukan 'bapa' SRC International — Najib Razak


Najib meminta gambaran tidak tepat diberikan kepadanya agar segera diperbetulkan.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menerima pengakuan daripada Datuk Seri Najib Razak yang mengakui bahawa dia bukanlah watak utama di sebalik SRC International Sdn Bhd yang sebelum ini anak syarikat kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengakuan itu dibuat di dalam kandang saksi ketika pendakwaan dibuat terhadapnya serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dengan beliau mahu memperjelaskan gambaran tidak tepat diberikan salah seorang peguamnya.

Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili responden mewakili pihak ketiga dan bekas pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin sebelum ini turut melabel Najib sebagai 'bapa' kepada SRC.

BACA LAGI: 1MDB: Najib bebas atau bela diri diketahui 30 Oktober

BACA LAGI: Mahkamah Switzerland sabit hukuman ke atas eksekutif 'songlap' RM7.8 bilion dana 1MDB

"Saya mesti memperbetulkan anda. Saya bukanlah bapa kepada SRC dan ia bukanlah idea saya. Jangan melabelkan saya sebagai bapa kepada SRC," kata Najib menerusi keterangannya pada Isnin.

Kertas pertuduhan yang dibuka SRC di bawah pengurusan baharu pada Mei 2021 mendakwa Najib atas kesalahan pecah amanah, salah guna dana serta kuasa dan menggunakan dana syarikat demi keuntungan peribadi.

Najib 1mdb case trial —LOW BOON TAT/The Star.

Najib (tengah) ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sambil diiringi pihak berkuasa.

Pada awalnya, pertuduhan dikenakan ke atas Najib serta bekas pengarah lain iaitu Suboh, Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Nik Faisal, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Tan Sri Ismee Ismail.

Sejak itu, fokus pendakwaan sudah dialihkan dengan meletakkan Najib dan Nik Faisal sebagai defendan utama sementara mereka yang lain diletakkan sebagai responden pihak ketiga.

SRC juga sudah meminta pampasan, faedah, kos undang-undang dan pengakuan kehakiman yang mengatakan Najib bertanggungjawab atas kerugian syarikat berpunca daripada salah laku Najib selain menuntut rugi sebanyak AS$1.18 bilion (RM5.08 bilion).

Mereka juga meminta pampasan AS$120 juta (RM516 juta) dan AS$2 juta (RM8.6 juta), masing-masing daripada Najib dan Nik Faisal atas pelbagai kesalahan lain. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram