Budak perempuan 12 tahun turun seorang diri ambil makanan di kereta hilang di Klang


  • 112
  • Rabu, 09 Okt 2024

Madrafataha Indal Bangsawan yang hilang sejak Selasa selepas keluar dari rumahnya di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. — Polis Klang

SEORANG kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang di perkarangan rumahnya di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kehilangan Madrafataha Indal Bangsawan, 12, dilaporkan oleh ibunya sendiri pada pukul 8.59 malam.

Hoong berkata, mangsa keluar dari rumahnya untuk turun mengambil makanan di dalam kereta di kawasan parkir rumah flat selepas diarah oleh ibunya.

BACA LAGI: [VIDEO] KKM tegur pengendali makanan guna air parit cuci periuk patuh arahan

BACA LAGI: RM514 juta dalam akaun Najib bukan pendapatan peribadi

0262a325-madrafataha-binti-indal-bangsawan-pdrm-091024

Madrafataha berbadan kurus, berkulit cerah dan memiliki ketinggian kira-kira 150 sentimeter serta rambutnya paras bahu.

Katanya, mangsa yang turun seorang diri itu bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga pukul 3 petang.

"Kira-kira pukul 3 petang, ibunya telah mencari di kawasan sekitar parkir kereta, namun anaknya tidak ditemui sebelum membuat laporan polis.

"Mangsa berbadan kurus, berkulit cerah, berketinggian kira-kira 150 sentimeter dan memiliki rambut paras bahu dengan pakaian akhir kemeja-T sukan warna hijau serta seluar trek hitam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka satu kertas siasatan enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk salurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram