RM514 juta dalam akaun Najib bukan pendapatan peribadi


Najib Razak berdepan 25 tuduhan, termasuk empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa demi keuntungan peribadi. — The Star

WANG sebanyak RM514 juta (AS$120 juta) yang dikreditkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak dinafikan sebagai pendapatannya melalui tiga transaksi.

Najib ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi pada Rabu menjelaskan bahawa dana tersebut bukan diperoleh daripada SRC International Sdn Bhd atau Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP).

Bekas Perdana Menteri itu juga membuat penegasan itu ketika pemeriksaan balas oleh peguam SRC International, Datuk Lim Chee Wee dalam saman sivil sebanyak RM5 bilion (AS$1.18 bilion) terhadapnya dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil yang masih bebas.

BACA LAGI: 1MDB: Najib bebas atau bela diri diketahui 30 Oktober

BACA LAGI: Teori dakwaan Jho Low bayangan Najib tiada bukti, tak boleh disokong — Peguam

2866207 (1)

Najib menjelaskan bahawa dana tersebut bukan diperoleh daripada SRC International dan KWAP. — The Star

Ketika itu, Lim mempersoalkan Najib berhubung sumber wang tersebut yang dikaitkan dengan gaji tahunan diterimanya iaitu sebanyak RM1 juta.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah mengarahkan polis, Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat akaun SRC International, Najib memberitahu bahawa tiada arahan berkenaan akaun tersebut tetapi memaklumkan kepada pengurusan syarikat untuk membawa pulang wang terbabit.

Katanya, tindakan itu dilakukan kerana dijangka individu terlibat akan memberikan wang kepadanya sebelum akaun tersebut dibekukan.

Pada Mei 2021, SRC memfailkan saman terhadap Najib, menuduhnya terlibat dalam kegiatan pecah amanah, salah guna kuasa dan keuntungan peribadi daripada dana syarikat yang diselewengkan.

Walaupun SRC International mengeluarkan lima pengarah daripada tuntutan mahkamah, Najib kekal sebagai defendan tunggal dengan Mahkamah Tinggi yang membenarkan beliau mengeluarkan notis kepada pihak ketiga.

Syarikat tersebut bagaimanapun memohon pengisytiharan mahkamah yang meminta Najib bertanggungjawab atas kerugian ditanggung akibat dakwaan pecah amanah serta meminta pampasan sebanyak RM42 juta. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram