[VIDEO] STL 2024: 'Killer dah ukur gelanggang dulu', Perak Bison tundukkan ATM Guardians di laman sendiri


  • Podium
  • Ahad, 13 Okt 2024

Sebahagian aksi menarik apabila perejam Perak Bison, Noraizat Nordin (tengah) cuba menahan libasan daripada ATM Guardians.

KEMENANGAN Perak Bison menyaksikan pasukan itu berjaya mengesahkan tempat ketiga dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Perak.

Menerusi perlawanan yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak itu menyaksikan Perak Bison meraih kemenangan straight set (15-12,15-11) pada Ahad.

Perak Bison yang dibarisi tekong import, Kritsada Sunwung, Noraizat Nordin (apit kanan) dan Asyraaf Hadi (apit kiri) tidak berdepan masalah untuk menundukkan ATM Guardians yang mempertaruhkan Nazmi Mohd Najib (tekong), Afifuddin Mohd Razali (apit kanan) dan Norfaizzul Abdul Razak (apit kiri).

BACA LAGI: [VIDEO] 'Baru best tengok takraw Malaysia, aksi final regu Lembah Klang tanpa import jadi tumpuan

BACA LAGI: STL 2024: Tiga import Thailand 'padu' berjaya curi perhatian penyokong

Dengan sorakan padu daripada penyokong yang hadir nyata mampu memberi suntikan semangat kepada Perak Bison untuk meraih kemenangan di laman sendiri itu.

Bagaimanapun, pada set kedua perlawanan ketika Perak Bison mendahului aksi dengan keputusan semasa 8-5, terdapat kontroversi yang tercetus apabila ATM Guardians meminta Challenge kepada pengadil.

ATM Guardians mendakwa bahawa bola yang dilibas oleh perejam Perak Bison, Noraizat terkeluar daripada garisan.

Begitu pun, Challenge daripada ATM Guardians itu tidak berjaya apabila bola rotan itu dikesan jatuh di atas garisan yang sekali gus menyaksikan mata tersebut milik Perak Bison.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong bola rotan itu sempat bergurau senda dengan mengatakan bahawa perejam Perak Bison, Noraizat sudah pun mengukur gelanggang tersebut.

"Jangan main-main dengan Noraizat dia dah ukur gelanggang tu dulu. Elok saja bola tu jatuh atas garisan," kata STL.

"Betul-betul atas garisan, pandai Noraizat ukur eh gelanggang tu," kata Amdan Ahmad.

"Wahh memang berbakatlah Noraizat ni, tahu-tahu saja bola itu tidak terkeluar," kata Khairul Anuar. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram