1MDB: Najib bebas atau bela diri diketahui 30 Oktober


Najib Razak berdepan 25 tuduhan, termasuk empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa demi keuntungan peribadi.

TARIKH 30 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh untuk mengetahui sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membela diri bagi kes penyelewangan dana RM2.28 bilion yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah menteapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

"Saya berterima kasih kepada kesemua pihak yang sudah melakukan siasatan dan hujah bersifat menyeluruh. Saya akan memberikan keputusan pada 30 Oktober ini selepas kes pendakwaan selesai," katanya.

BACA LAGI: 'Saya bukan katak politik', anak Najib Razak nafi lompat parti

BACA LAGI: Teori dakwaan Jho Low bayangan Najib tiada bukti, tak boleh disokong — Peguam

Foliage partly covers a 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur, Malaysia, July 3, 2015. Malaysian Prime Minister Najib Razak slammed a report that said close to $700 million was wired to his personal account from banks, government agencies and companies linked to the debt-laden state fund 1MDB, claiming this was a

Siasatan berhubung dana 1MDB masih diteruskan pelbagai pihak. Agensi

Najib berdepan 25 pertuduhan secara keseluruhan dengan empat daripadanya atas kesalahan menyalahgunakan kuasa yang memberikannya kuasa menyeleweng dana RM2.28 bilion serta 21 kesalahan pelaburan wang haram.

Empat kesalahan menyalahgunakan kuasa itu diletakkan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) 2009 yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada rasuah diterima atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi sekiranya sabit kesalahan.

Atas pertuduhan pelaburan wang haram pula, Najib didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pelaburan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktivti Haram (AMLATFA) 2010 yang membawa denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekiranya disabitkan. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram