Insentif RM2,000 penjawat awam dibayar pada 23 Februari ini — Anwar


  • Primer
  • Selasa, 06 Feb 2024

Pembayaran insentif itu turut akan membabitkan bayaran insentif sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. — Gambar Hiasan

BAYARAN Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan disalurkan kepada penjawat awam pada 23 Februari ini.

Berita baik itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Selasa.

Pengumuman itu turut dibuat secara langsung melalui laman Facebook miliknya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pembayaran itu turut akan membabitkan bayaran insentif sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

"Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen," katanya.

BACA LAGI : PM Anwar jelaskan jasa Najib kepada negara antara asas keputusan Lembaga Pengampunan

BACA LAGI : [VIDEO] Air rendaman ayat ruqyah dalam kertas boleh diminum asalkan tidak memudaratkan — Mufti

Tambah beliau lagi, bayaran Insentif Awal itu disalurkan sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dimuktamadkan.

Insentif itu diumumkan Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram