Seluruh Ipoh tertanya-tanya, misteri gegaran, dentuman kuat kembali terjadi pada Isnin


  • Tular
  • Isnin, 21 Okt 2024

Tangkap layar rakaman video keselamatan sebuah kediaman yang turut merakamkan bunyi dan gegaran kuat yang berlaku sekitar Ipoh pada Isnin.

RATA-RATA penduduk di Ipoh, Perak dikejutkan dengan satu gegaran kuat dengan bunyi dentuman kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Insiden tersebut difahamkan dirasai oleh penduduk di kawasan tersebut yang turut berkongsikan mengenai perkara itu di media sosial.

Rata-rata daripada mereka mengakui tidak mengetahui mengenai punca menyebabkan kejadian tersebut.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Antara kawasan dipercayai mendengar dan merasai gegaran tersebut adalah di Pekan Ipoh, Meru, Chemor, Jelapang dan Manjoi.

"Ya la, dekat Meru pun rasa gegar meletup tadi," tulis Ismahani Zuki.

"Dengar juga di Manjoi. Ada berita sahih ke ke?" soal Dang Annum.

"Dekat Chemor kuat bunyinya. Terkejut tengah memandu. Ingat langgar apa-apa," kata Qatrunnada Latfi.

464094656_1443240419877365_2485593128119453685_n

Tangkap layar mengenai perkongsian warganet berhubung insiden gegaran dan bunyi dentuman yang berlaku. — Facebook/Cuaca Kini

Untuk rekod, kejadian bunyi letupan dan gegaran kuat itu bukan merupakan kali pertama dilaporkan berlaku di sekitar Ipoh.

Ini kerana insiden serupa turut pernah berlaku sekitar awal Oktober 2018.

Bagaimanapun, pada waktu itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bunyi letupan dan gegaran itu tiada kaitan dengan kejadian gempa bumi di Indonesia dengan punca kepada kejadian itu masih tidak diketahui.

Dalam pada itu, terdapat warganet yang menimbulkan beberapa spekulasi antaranya mengaitkan insiden tersebut dengan letupan di kuari dan juga kemungkinan berlakunya aktiviti latihan ketenteraan di kem berdekatan.

Setakat laporan ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Gegaran, Bunyi, Dentuman, Ipoh, Ipoh Meletup