Baru aksi pertama, penyokong TBG sudah persoal risiko keselamatan tempat duduk Stadium Manjung


  • Podium
  • Isnin, 21 Okt 2024

Penyokong meluahkan kebimbangan mengenai tempat duduk penonton di Stadium Manjung yang dilihat boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan orang ramai. — Facebook

PERAK FC gagal mencipta kemenangan dalam aksi sulung mereka di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Ipoh, Perak selepas tewas 2-4 kepada Sabah FC dalam saingan Liga Super 2024 pada Sabtu.

Enam gol yang terhasil bagi kedua-dua pasukan itu disaksikan lebih 2,000 penonton yang hadir di gelanggang baharu tuan rumah.

Dua gol The Bos Gaurus (TBG) disumbangkan oleh Luciano Guaycochea dan Clayton da Silva, manakala empat jaringan The Rhinos menerusi Ko Kwang-min, Stuart Wilkin, Joao Pedro Duarte dan Migeul Cifuentes.

BACA LAGI: Jemput skuad Sang Badak di Bayan Lepas, Baddrol Bakhtiar ubat kerinduan penyokong The Rhinos

BACA LAGI: [VIDEO] 'Minta maaf saya kepala', import Selangor Pistons salah baca 'arahan'

WhatsApp Image 2024-10-21 at 11.09.25

Sebahagian aksi menarik ketika pemain Sabah FC (jersi biru) cuba menembusi benteng akhir Perak FC. Facebook/Sabahfc

Meskipun tuan rumah beraksi buat julung kalinya di Stadium Manjung, kehadiran penyokong adalah amat memberangsangkan.

Namun, timbul persoalan mengenai kualiti tempat duduk di venue tersebut, khususnya mengenai keselamatan penggunaannya dalam kapasiti yang ramai.

Kebimbangan itu dilontarkan oleh salah seorang penyokong Perak FC, Muktha Musa di laman Facebook usai perlawanan liga tersebut.

"Selepas perlawanan dengan Sabah FC, terdetik dalam fikiran, adakah kualiti tempat duduk di Stadium Manjung selamat untuk kapasiti yang ramai terutama di tempat duduk adik-adik untuk berchant, rasa bergoyang pun ada. Takut nak sebut untuk benda-benda yang tak nak terjadi," katanya.

Menurutnya, kali terakhir stadium itu digunakan ketika Perak menjadi tuan rumah bagi temasya sukan berprestij, Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) pada 2018.

"Difahamkan, kali terakhir stadium itu dipenuhi orang ramai pada SUKMA 2018, bayangkanlah sudah berapa lama? Diharapkan pihak yang bertanggungjawab boleh lakukan pemeriksaan untuk kualiti tempat duduk tersebut.

"Otai-otai Manjung pun ada berfikirkan tentang perkara ini. Padang dah lawa tapi tempat duduk pula menjadi kerisauan, sama-samalah lakukan yang terbaik demi keselamatan bersama," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram