Peluang sambung belajar anak-anak bikin ibu bapa terlalu 'enthusiastic'


  • Podium
  • Isnin, 21 Okt 2024

Situasi sesetengah ibu bapa berlebihan selalunyanya banyak berlaku kerana memikirkan peluang untuk anak mereka menyambung pendidikan di universiti.

SIKAP terlalu bersemangat ibu bapa menjadi salah satu faktor sesetengah daripada mereka dilihat gemar campur tangan dalam urusan anak-anak yang sedang berada dalam proses menjadi atlet di peringkat akar umbi atau sekolah.

Sebelum ini, isu campur tangan ibu bapa menjadi topik perbincangan dalam kalangan pendidik di sekolah apabila wujud pengalaman kurang enak yang menganggu jurulatih ataupun guru dalam melatih para pelajar mereka.

Bagaimanapun, isu campur tangan itu berlaku adalah disebabkan sikap ibu bapa terlalu bersemangat dalam memberi sokongan kepada anak-anak dan ada juga faktor sambung belajar menjadi alasan.

BACA LAGI: Ibu bapa 'tunjuk pandai' lebih daripada jurulatih rencatkan potensi atlet MSSM

BACA LAGI: Guru akui 'gangguan' ibu bapa ketika latihan atlet bukan kes terpencil di sekolah harian Selangor

Pendapat tersebut dilontarkan oleh Raja Muhammad Badiuzzaman yang berasakan situasi sesetengah ibu bapa berlebihan lazimnya banyak berlaku kerana memikirkan peluang untuk anak mereka menyambung pendidikan di institusi menara gading.

“Saya rasa ada dua pendapat peribadi. Yang pertama, kalau macam saya sebagai ibu bapa yang anak bukan dalam sekolah sukan, mungkin kita tak terlalu masuk campur. Kami naturally tak berapa masuk campur lah sebab bukan dalam kelompok mainstream.

“Ibu bapa di sekolah biasa lihat sukan ini dah macam extra activities untuk anak-anak. Tapi pelajar yang dalam sekolah sukan mungkin akan beri kesan kepada peluang mereka untuk sambung belajar dan sebagainya.

“Bagi kita yang sekolah swasta, sekolah harian, sekolah biasa ini mungkin kita tak berapa nak masuk campus tangan sangatlah. Kalau ada yang masuk campur mungkin terlalu enthusiastic,” katanya kepada Majoriti.

ibu bapa

Sokongan daripada ibu bapa seharusnya membawa aura positif, bukan bertukar sebaliknya.

Walaupun ia berbentuk pendapat peribadi namun Raja Muhammad selaku ayah kepada atlet di peringkat sekolah juga menasihati kepada ibu bapa lain untuk tidak terlalu masuk campur urusan anak-anak.

Dua anaknya kini iaitu Raja Nur Ain Raja Muhamad Baddiuzzaman dan Raja Nur Aimi sedang mewakili kontinjen Selangor untuk kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Ipoh, Perak.

“Bagi saya, ibu bapa tak patut masuk campur sebab itu (pembentukan atlet) bukan kepakaran kita. Biarlah orang yang pandai kan buat, mereka (guru atau jurulatih) tahu macam mana nak susun.

“Kebiasaanya kalau berlaku favouritism dalam kalangan budak-budak, kita ambil sebagai benda yang perlu diurus dengan cara yang baik daripada confrontation. Kadang-kadang kita nak anak masuk pertandingan tapi ada yang tidak layak.

“Saya lihat apa yang paling penting ikut merit. Kalau merit pelajar tak sampai, tidak boleh ke pertandingan. Kalau sukan berpasukan paling susah sebab memang dipilih berdasarkan penilaian jurulatih. Dekat acara balapan kurang berlaku sebab ikut merit, kalau anak tak terpilih, kena reha,” jelasnya.

isi dalam 1

Atlet di peringkat sekolah mudah berasa tekanan jika terlalu menerima desakan daripada ibu bapa.

Terdahulu Majoriti melaporkan ibu bapa yang terlalu berasa lebih mengenali kemampuan anak menjadi faktor seseorang jurulatih itu sukar membentuk murid mereka menjadi lebih baik dalam sesuatu sukan.

Situasi itu katanya, juga pernah berlaku ke atas beberapa pelajar di institusi pendidikan di Malaysia.

Memberi contoh kejadian di sebuah sekolah berpangkalan di Borneo tanah air, sumber itu mendedahkan, terdapat ibu bapa yang mendakwa mereka adalah individu pertama yang menemukan bakat anak dan merupakan individu terawal melatih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram