[VIDEO] Rakaman detik akhir pesawat SAM Air terhempas di sawah Gorontalo, kesemua kru dan penumpang maut


  • Benua
  • Isnin, 21 Okt 2024

Keadaan bangkai pesawat ringan milik SAM Air yang terhempas pada Ahad. — Agensi

EMPAT maut selepas sebuah pesawat ringan milik syarikat penerbangan tempatan Indonesia, SAM Air, terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi, Indonesia pada Ahad.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Gorontalo, Heriyanto berkata, pesawat jenis PK SMH itu terhempas selepas terputus hubungan dengan pegawai AirNav Makassar.

Katanya, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Djalaluddin Gorontalo pada pukul 7.30 pagi untuk menuju ke Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

"Namun, ia terputus hubungan dan dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik daripada laporan media tempatan.

Heriyanto berkata, semua empat mangsa maut terdiri daripada juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera, dan seorang penumpang.

Ujarnya, punca nahas bagaimanapun masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, perkongsian foto dan video di lokasi kejadian menyaksikan pesawat terbabit terhempas di kawasan sawah padi berdekatan.

Bahagian depan termasuk muncung pesawat dilihat hancur.

Pada masa sama, turut tersebar adalah klip dirakam orang awam memaparkan detik-detik terakhir pesawat terbabit yang terbang rendah sebelum hilang kawalan dan terhempas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram