Dua suspek kes bunuh Sabari Baharom dituduh di mahkamah Kubang Pasu pada Khamis


  • 112
  • Rabu, 16 Okt 2024

Sabari Baharom dipercayai mati dibunuh selepas dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Kedah.

SERAMAI dua suspek terlibat dalam kes pembunuhan pesara pegawai kewangan FELCRA, Sabari Baharom akan dituduh di Mahkamah Majistret Kubang Pasu, Kedah pada Khamis.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah pada Rabu memaklumkan bahawa dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah pada pukul 8.30.

Kedua-dua suspek sebelum ini ditahan reman selama seminggu sejak 11 Oktober hingga Khamis ini di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah.

BACA LAGI: Sabari sah dibunuh, suspek mengaku campak mangsa dalam Sungai Padang Terap

BACA LAGI: Sabari sah dibunuh, suspek mengaku campak mangsa dalam Sungai Padang Terap

2940097

Sabari (tengah) bersama anak-anaknya.

Kes tersebut juga disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Sabari hilang sejak 4 September lalu, dan kereta Proton Waja yang dinaikinya ditemui hangus di Belantik, Sik, Kedah.

Namun, operasi pencarian mangsa yang dibunuh dan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang, Kubang Pasu, Kedah ditamatkan.

Perkara itu dimaklumkan isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, selepas mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

Polis juga mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram