[VIDEO] Penunggang motor parah, kereta tiba-tiba himpit di lorong kanan Lebuhraya Kajang SILK


  • 112
  • Ahad, 20 Okt 2024

Kejadian pada pukul 4 petang itu disyaki berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di lorong paling kanan.

SEORANG penunggang motosikal cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta di kilometer 3 Lebuhraya Kajang SILK, Kajang, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian pada pukul 4 petang itu disyaki berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di lorong paling kanan.

Menurutnya, kemudian datang sebuah kereta dari arah belakang sebelum pemandu itu bertindak memotong dan menghimpit serta melanggarnya.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

"Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal cedera parah di kepala dan dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Naazron berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ammar Mohd Tahir di talian 018-2586153 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram