Tak puas hati ditegur merokok, lelaki tayang pistol, siap ugut pengurus medan selera di Puchong


  • 112
  • Khamis, 17 Okt 2024

Tangkap layar video tular sejak Khamis memaparkan pertengkaran di sebuah medan selera di Puchong, Selangor.

SEORANG lelaki didakwa mengeluarkan objek dipercayai pistol selepas ditegur kerana merokok di medan selera.

Kejadian itu dirakam dalam satu video tular berdurasi 26 saat yang menunjukkan dua lelaki sedang bertengkar di sebuah medan selera di Puchong sementara seorang wanita cuba menenangkan keadaan.

Klip tersebut turut merakamkan wanita terbabit menarik salah seorang lelaki yang dilihat memakai kemeja-T berwarna putih.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Sementara itu, satu lagi video dari arah berbeza memaparkan salah seorang lagi lelaki terlibat mengangkat tangannya untuk menunjukkan objek seakan-akan menyerupai pistol.

Video terbabit tular di Telegram dengan kejadian didakwa berlaku beberapa hari lalu dengan lelaki tersebut dikatakan bertengkar dengan pengurus medan selera selepas dia diberitahu untuk tidak merokok di premis berkenaan.

Maklumat dikongsikan juga mendakwa lelaki itu menunjukkan pistol dan mengacukannya ke arah perut pengurus terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata, tiada laporan dibuat mengenai kejadian tersebut setakat ini..

“Kami menggesa mereka yang menyaksikan konfrontasi yang didakwa untuk tampil ke hadapan secepat mungkin.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian hotline polis Selangor di talian 03-20529999 atau pergi ke balai polis berhampiran,” katanya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram