[VIDEO] Pemandu Wira pandu melulu di George Town ada 12 rekod jenayah


  • 112
  • Sabtu, 19 Okt 2024

Kereta Wira (kanan) dilihat dipandu secara melulu di George Town.

PEMANDU kereta jenis Proton Wira di George Town yang tular kerana memandu secara melulu didapati mempunyai rekod 12 jenayah lampau, kata polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, pemandu yang merupakan seorang lelaki berusia 39 tahun itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan narkotik.

Menurut video yang tular, suspek didapati memandu secara berbahaya di Jalan Dato Keramat dan Lebuh Chulia, George Town pada 6.18 petang, 12 September lalu.

BACA LAGI: RUU Tahanan Rumah jangka dibentangkan pada 2025 — Saifuddin Nasution

BACA LAGI: Temui daya tarikan Pulau Pangkor, dari Kota Belanda hingga ke Pantai Pasir Bogak

"Lelaki itu warga tempatan berasal dari Ayer Itam dan sudah ditahan pada jam 7.30 malam, Khamis lalu di Jalan Datuk Keramat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Pemandu berkenaan turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berikutan khianat kerana memecahkan cermin sebuah kenderaan menggunakan tangan yang dilapor pada Khamis lalu," kata Swee Sake.

Menerusi ujian air kencing yang dilakukan, suspek tersebut didapati positif dua jenis dadah iaitu methamphetamin dan amphetamine.

Swee Sake berkata suspek tersebut ditahan reman sehingga Ahad sebelum dihadapkan ke mahkamah pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram