'Dia rakyat beta, berikan keadilan', Tengku Hassanal respons dakwaan pekerja kontraktor dikasari kerabat diraja Pahang


  • Primer
  • Sabtu, 19 Okt 2024

Tengku Hassanal menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu pada bulan lalu.

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu pada bulan lalu.

Menerusi satu kemas kini status Instagram Story Tengku Mahkota Pahang pada Jumaat menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.

"Dia (mangsa) ialah rakyat beta. Berikan dia keadilan sekarang.

BACA LAGI: 'Hanya terbayang wajah keluarga tersayang', Hasli trauma imbau tragedi helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah

BACA LAGI: 'Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

"Akhirnya, mereka yang berdiri di pihak kebenaran akan sentiasa menang, manakala mereka yang berada di pihak yang salah akan jatuh," titah baginda," tulis Tengku Hassanal .

ezgif.com-webp-to-jpg-converter (4)

Tengku Hassanal

Sebelum ini, media melaporkan Tengku Hassanal menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

Ia susulan laporan media bahawa seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang dikenali sebagai Alias Awangmendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata tajam dan pistol.

Mangsa berusia 44 tahun itu didakwa dipukul, ditikam dan ditembak oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang anak kerabat diraja Pahang di Kuantan pada 6 Jun lalu.

Mangsa yang dikatakan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan cedera dan menerima beberapa jahitan di kaki selepas diserang menggunakan senjata.

Polis kemudiannya dilaporkan sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beberapa individu didapati terlibat dengan kes itu sudah dilaporkan sudah ditahan tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada Khamis, sebuah portal melaporkan, mangsa kecewa kerana belum ada tindakan daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram