KERAJAAN akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Tahanan Rumah di Dewan Rakyat pada 2025.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, barisan Jemaah Menteri meluluskan untuk melaksanakan RUU tersebut dengan drafnya dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Nordin Muhamad sebagai pemegang taruh.
Saifuddin turut berkata, RUU tersebut tidak akan mengubah Akta Penjara 1995 sebaliknya ia adalah salah satu undang-undang baharu yang berasingan.
BACA LAGI: Temui daya tarikan Pulau Pangkor, dari Kota Belanda hingga ke Pantai Pasir Bogak
"Apabila RUU sudah digubal, kita akan persembahkan kepada Kabinet. Selepas itu, kita akan jangkakan untuk ia dibentangkan di Parlimen pada tahun depan," ujar Saifuddin pada Sabtu.
Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memperkenal undang-undang baharu untuk membolehkan tahanan rumah dijadikan sebagai alternatif hukuman buat sesetengah kesalahan.
Dengan tidak ditempatkan di penjara, pesalah akan diletakkan di kawasan tahanan khas seperti rumah kediaman, fasiliti penjagaan, atau asrama pekerja sepanjang tempoh tahanan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram