[VIDEO] Tiga kali selaman, 5 mangsa tragedi bot karam masih gagal ditemukan di Sungai Sarawak


  • 112
  • Sabtu, 19 Okt 2024

Lima orang pekayuh perahu regatta yang dikhuatiri lemas selepas perahu yang mereka naiki karam di kawasan Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa dekat Kuching, Sarawak masih gagal ditemui pada Sabtu.

LIMA orang pekayuh perahu regatta yang dikhuatiri lemas selepas perahu yang mereka naiki karam di kawasan Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa dekat Kuching, Sarawak masih gagal ditemui pada Sabtu.

Melalui perkongsian Sarawak Update, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengerahkan beberapa anggota dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bagi melakukan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, selaman yang dilakukan Unit PPDA pada Sabtu bagi mencari lima pekayuh yang masih hilang selepas perahu yang dinaiki karam semasa latihan Regatta Sarawak di Sungai Sarawak pada Sabtu gagal menemukan kesemua mangsa.

BACA LAGI: Lima peserta Regata Sarawak dikhuatiri lemas, bot karam ketika latihan di Kuching

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal pergi ke tandas ketika Subuh, lelaki maut dibaham harimau di Gerik

"Dalam usaha SAR di hari kedua hari ini, selaman pertama dilakukan pukul 8.54 pagi, selaman kedua 10.56 pagi manakala selaman ketiga pukul 11.26 pagi dengan radius selaman sekitar 10 meter dengan kedalaman dari 5 hingga 5.6 meter.

"Selaman yang ketiga selesai pukul 11.43 pagi dan masih gagal mengesan kedudukan kesemua mangsa termasuk petanda baharu," ujar beliau.

Tambah beliau lagi, usaha pencarian secara permukaan tetap diteruskan yang mana mensasarkan bermula dari kawasan perahu karam hingga ke Kampung Bako.

Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 4.20 petang Jumaat itu, lima dari 16 pekayuh sebuah perahu karam di kawasan perairan Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa semasa mengadakan latihan di sungai berkenaan.

Lima mangsa yang masih hilang ialah Mohammad Ikhmal Sama'ail berusia 34 tahun, Majurie Maharuf, 32, Mohd Afiq Isyamudin Asaari 26, Mohamad Khairul Bin Bidin, 26, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi 23. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram