PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM600 juta buat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk hadapi musibah banjir.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Peruntukan itu juga disediakan sebagai persiapan mendepani musibah banjir dengan ia termasuk lebih RM300 juta yang sudah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.
BACA LAGI: Pengurangan subsidi pendidikan di SBP, IPTA golongan kaya boleh beri manfaat kepada semua pelajar
BACA LAGI: Belanjawan 2025: KWSP kaji mekanisme pindah simpanan ke akaun ahli keluarga terdekat
Peruntukan itu disediakan untuk Nadma sebagai langkah persediaan awal menghadapi banjir. — Gambar hiasan/Nadma
"RM20 juta geran padanan disediakan segera kepada Yayasan GLIC dan GLC untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.
"Pihak berkuasa tempatan (PBT) serta warga bandar perlu bersama-sama memastikan longkang dan parit tersumbat yang mengakibatkan banjir kilat dapat ditangani segera.
"Sejumlah RM50 juta disediakan bagi kerja-kerja pembersihan dan naik taraf longkang dan parit. Bagi memastikan pelaksanaan segera, JPS dan PBT dibenar untuk melaksanakan perolehan sehingga RM1 juta melalui kaedah sebut harga atau secara undian dalam kalangan kontraktor G1 hingga G3 berdaftar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram