Belanjawan 2025: KWSP kaji mekanisme pindah simpanan ke akaun ahli keluarga terdekat


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

KWSP mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan ke akaun ahli keluarga terdekat. — Gambar hiasan/The Star

SEBAGAI persiapan negara menua, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi dalam sesebuah keluarga.

Ia dilaksanakan dengan langkah sebahagian simpanan KWSP ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan komited memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa.

BACA LAGI: Pengurangan subsidi pendidikan di SBP, IPTA golongan kaya boleh beri manfaat kepada semua pelajar

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan RM600 juta buat Nadma hadapi musibah banjir

2661406

Mekanisme memindahkan simpanan KWSP ke akaun ahli keluarga lain sedang dikaji. — Gambar hiasan

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Terdahulu, pengeluaran KWSP 2024 distrukturkan semula meliputi tiga jenis akaun iaitu Akaun 1 (Akaun Persaraan), Akaun 2 (Akaun Sejahtera), dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

Terdapat 17 jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dibuat sebelum pengeluaran penuh pada 55 tahun bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa.

Di samping itu, bagi menggalakkan lebih ramai pekerja tidak formal dan mereka yang tidak punyai pendapatan tetap menabung untuk persaraan, insentif padanan i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada 20 peratus ketimbang 15 peratus tertakluk kepada had maksimum insentif padanan tahunan 500 ringgit atau 5,000 seumur hidup.

"Selain itu, Program i-Suri diteruskan secara insentif padanan melalui caruman Kerajaan dan caruman secara aktif daripada pencarum.

"Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri akan menanggung sehingga 70 peratus caruman pekerja dengan peruntukan RM100 juta.

"Ini sebagai persediaan ke arah penetapan caruman wajib sebagai salah satu syarat memperbaharui lesen vokasional bagi individu bekerja sendiri tahun hadapan," katanya.

Tambahnya, syarikat pengendali juga diseru untuk menanggung baki caruman sebagai iltizam membela kebajikan pekerja.

Program insurans sosial iaitu Skim Perlindungan Tenang diteruskan dengan kerjasama Bank Negara, industri insurans dan takaful untuk manfaat sehingga RM2 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Mereka juga layak menuntut baucar RM30 untuk membiayai sebahagian daripada kos membeli produk Perlindungan Tenang yang menawarkan perlindungan akibat kematian, kemalangan diri dan risiko am seperti kebakaran dan banjir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram