POLIS akan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan anak perempuan pemimpin utama Global Ikhwan Services and Business (GISB), Ummu Atiyah Ashaari yang mengatakan dirinya diperkosa dan menjadi mangsa keganasan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, menerusi laporan polis dibuat oleh Ummu Atiyah, pihaknya akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap bekas pemimpin Al-Arqam iaitu Ashaari Muhammad atau dikenali sebagai Abuya.
Menurut Razarudin, usaha mencari Ummu Atiyah dimulakan sebaik saja laporan polis dilakukan.
BACA LAGI: Selangor fatwa GISB sesat, MAIS rangka pelan tindakan pemulihan pengikut
BACA LAGI: [VIDEO] Penjaga rumah amal GISB tak mengaku salah rotan kanak-kanak
Razarudin berkata polis terus menjejaki mangsa sebaik laporan diterima.
"Jika laporan sudah dibuat, polis akan mencari mangsa dan terus melakukan siasatan," ujar Razarudin.
Sebelum ini, Ummu Atiyah mendedahkan yang selain diperkosa, dia turut menjadi mangsa keganasan yang dilakukan oleh pemimpin GISB.
Terdahulu, Ummu Atiyah mendedahkan yang dia dipaksa untuk berkahwin dengan pemimpin GISB pada 2015 namun sempat melarikan diri ke rumah kawannya di Jordan.
Namun begitu, keberadaannya berjaya dikesan dan Ummu Atiya dibawa pulang ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan tersebut.
"Ketika itu, saya menolak. Saya memang tidak mahu berkahwin dengannya kerana dia tua dan boroi, memang saya geli.
"Selepas saya dapat mesej dari aplikasi WhatsApp itu, saya lari ke rumah kawan saya di Jordan. Kemudian dia (lelaki berkenaan) dan pengikutnya datang dan mahu saya serahkan diri. Mereka buat kecoh sampai jam 1 hingga 2 pagi," ujarnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram