[VIDEO] Lelaki ugut bakar anak positif syabu, miliki 12 rekod jenayah lampau


  • 112
  • Sabtu, 21 Sep 2024

Tangkap layar seorang seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak dikelilingi unggun api dipercayai didera secara mental oleh ayah kandungnya.

LELAKI yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut untuk membakar anak lelakinya di sebuah kawasan di Kuantan, Pahang didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berumur 35 tahun yang ditahan di Maran itu turut mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

"Suspek yang ditahan pada Rabu lalu masih direman sehingga 25 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa budak lelaki kena rotan di rumah amal GISB buat laporan polis

BACA LAGI: Komunis memberontak: Pejuang 'otai' sanggup menyamar hantar surat, cukup hati-hati elak jerangkap samar guna tin susu

Tambahnya, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu kini berada di bawah jagaan ibu kandungnya dan berada dalam keadaan sihat.

Sebelum ini, Wan Mohd Zahari menyatakan bahawa ibu kanak-kanak itu telah membuat laporan polis selepas menerima beberapa klip video bekas suaminya memarahi, memukul dan mengugut untuk membakar anak mereka.

Suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana marah dan tidak bersetuju dengan penceraian bersama ibu mangsa serta merakam video sebagai ugutan dan protes. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram