PESAWAT MIG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Jumaat mendapat kelulusan untuk ditempatkan sebagai sebuah monumen di Dataran Pahlawan Putrajaya.
Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Ahmad Edros Ahmad Osman telah menyaksikan serah terima dokumen sebuah unit pesawat MiG-29N (M43-14) yang telah mendapat kelulusan pelupusan.
Pesawat tersebut menjadi monumen binaan kedua di Malaysia selepas MiG-29N (M43-06) yang kini berada di dalam Kem Al-Sultan Abdullah Markas Angkatan Bersama di Kuantan.
BACA LAGI: G25 sokong gesaan tubuh RCI berhubung dakwaan dera, eksploitasi kanak-kanak di rumah amal GISB
BACA LAGI: Beroperasi tanpa permit dan langgar syarat lesen, MPS tutup 16 premis GISB di Rawang
Majlis tandatangan serah terima dokumen yang berlangsung di Shelter No 17 Skn, Pu Kuantan telah disaksikan Ketua Cawangan Material, Leftenan Kolonel Mohd Syahrul Eshahan TUDM dan Ketua Tim Nukleus, Leftenan Kolonel Muhammad Zuraiman Abdul Ghani.
Pesawat yang dibina khusus untuk Malaysia dikenali dengan nama MIG-29N.
TUDM telah menerima pesawat MiG-29UB Fulcrum dan MiG-29N Fulcrum pada tahun 1995 dan pesawat tersebut dibina khusus untuk Malaysia, yang dikenali dengan nama MIG-29N.
Penerimaan tersebut adalah sebahagian daripada usaha TUDM untuk memperkasa keupayaan pertahanan udara negara pada ketika itu.
Sepanjang perkhidmatannya, MiG-29N telah dioperasikan oleh angkatan udara melalui No 17 Skuadron dan 19 Skn dan berjaya menjalankan tugasannya dengan baik sebagai pesawat pejuang yang mampu melaksanakan pelbagai misi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram