[VIDEO] Warga asing luah rasa kesal, dakwa 2 anggota polis naik kereta peronda minta duit sogokan


  • Tular
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Tindakan dua anggota polis didakwa mengambil wang rasuah daripada seorang pelancong asing menerima kecaman dalam kalangan warga maya baru-baru ini.

TINDAKAN dua anggota polis didakwa mengambil wang rasuah daripada seorang pelancong asing menerima kecaman dalam kalangan warga maya baru-baru ini.

Melalui satu video tular yang dimuat naik di laman media sosial @ricxxxkiddo pada Jumaat memaparkan dua anggota unit beruniform berkenaan berada di dalam sebuah kereta peronda polis.

Namun begitu, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak larat bersembunyi sebab lapar, lelaki tetak jiran di Keningau akhirnya dicekup lepas sebulan larikan diri

BACA LAGI: [VIDEO] Ruang tempat simpan bateri tiba-tiba meletup, 2 nelayan melecur bot terbakar di Kuala Perlis

Dalam video itu juga kelihatan seorang anggota polis yang berada di tempat pemandu meminta warga asing tersebut mencampakkan wang sogokan itu ke dalam kereta.

Dakwa warga asing berkenaan, walaupun dia mempunyai permit yang sah untuk berada dalam negara namun ia tidak menghalang polis untuk memeras ugut mereka.

Video tersebut pada mulanya dimuat naik oleh mangsa di laman TikTok Sithuwin02, namun hasil pemerhatian akaun tersebut telah dipadamkan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram