Panjat balkoni bermain bersama rakan, budak 6 tahun parah terjatuh dari tingkat 6 ketika ibu bekerja di Seri Iskandar


  • 112
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Seorang budak lelaki berusia enam tahun parah selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Seri Iskandar, Perak pada Rabu.

SEORANG budak lelaki berusia enam tahun parah selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Seri Iskandar, Perak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pukul 10.50 malam.

Menurutnya, mangsa segera dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan sebelum menerima rawatan lanjut di wad unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan kini disahkan dalam keadaan stabil.

BACA LAGI : [VIDEO] Tak larat bersembunyi sebab lapar, lelaki tetak jiran di Keningau akhirnya dicekup lepas sebulan larikan diri

BACA LAGI : [VIDEO] Ruang tempat simpan bateri tiba-tiba meletup, 2 nelayan melecur bot terbakar di Kuala Perlis

"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa tinggal bersama kakak berusia 12 tahun dan adik perempuan berusia dua tahun sembilan bulan, manakala ibu mangsa berada di tempat kerja.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari rumah ketika memanjat balkoni untuk bermain bersama kawan-kawan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267 bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram