Mbappe nampak tak terjejas — Ancelotti


  • Podium
  • Sabtu, 19 Okt 2024

Carlo Ancelotti (kanan) memaklumkan Mbappe (kiri) masih kelihatan gembira dan prestasinya "tidak terjejas" selepas media Sweden melaporkan dia disiasat kerana dakwaan merogol ketika berkunjung ke Stockholm. — AFP

JURULATIH Real Madrid, Carlo Ancelotti memaklumkan penyerang Perancis, Kylian Mbappe masih kelihatan gembira dan prestasinya "tidak terjejas" selepas media Sweden melaporkan dia disiasat kerana dakwaan merogol ketika berkunjung ke Stockholm, Sweden.

Peguam Mbappe memberitahu AFP minggu ini kapten Perancis itu "terkejut" melihat namanya dikaitkan dengan siasatan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang kerana fitnah.

Penyerang itu tidak turun bersama Perancis dalam dua perlawanan Liga Negara-Negara UEFA selepas cedera dan mengunjungi ibu negara Sweden bersama rakan-rakan minggu lalu.

BACA LAGI : Laporan rogol Mbappe beri pandangan negatif buat pasukan Perancis

BACA LAGI : FAM ucap terima kasih kepada PM Anwar, mahu guna sebaiknya dana RM15 juta

"Ketika ini (laporan itu) hanyalah spekulasi, saya melihat dia bekerja setiap hari, dia gembira, fokus, dia kelihatan tidak terjejas langsung di mata saya," kata Ancelotti pada satu sidang akhbar pada Jumaat.

1_8zIoHTkDI4hbRwzsCzbuwA

Carlo Ancelotti

Menurut jurulatih itu lagi, Mbappe juga kelihatan tidak sabar untuk membantu pasukan.

Ancelotti berkata Mbappe, 25, diberikan masa berehat oleh juara Sepanyol dan Eropah itu.

"Hari rehat diberikan kepadanya dan individu boleh memilih apa yang mereka mahu lakukan.

"Saya tidak kisah di mana pemain lebih suka untuk berehat. Saya pergi ke London selama beberapa hari dan tidak memberitahu sesiapa.

"Saya juga tidak mempunyai agensi pelancongan untuk mengatur perjalanan buat pemain," jelas Ancelotti.

ezgif.com-webp-to-jpg-converter (3)

Mbappe melengkapkan perpindahan impian untuk menyertai Madrid pada musim panas lalu selepas tujuh tahun beraksi di PSG. — AFP

Sementara itu, seorang pendakwa raya Sweden mengesahkan siasatan sudah dimulakan, tanpa menamakan Mbappe.

Pada Isnin lalu, Mbappe dalam laman X peribadinya mendakwa terdapat kaitan antara laporan itu dan pendengaran kes di hadapan jawatankuasa liga Perancis sehari kemudian berhubung pertikaiannya dengan bekas kelab Paris Saint-Germain (PSG) mengenai tuntutan gaji yang belum dibayar berjumlah 55 juta euro (RM257 juta).

"Berita palsu!!! Ia boleh diramal, menjelang pendengaran kes, seolah-olah secara kebetulan," ciapnya.

Untuk rekod, Mbappe melengkapkan perpindahan impian untuk menyertai Madrid pada musim panas lalu selepas tujuh tahun beraksi di PSG.

Penyerang itu menyumbat lima gol dalam tujuh aksi pertama La Liga sebelum mengalami kecederaan paha.

Madrid, tiga mata di belakang pendahulu Barcelona, bertandang ke Celta Vigo awal pagi esok dengan Mbappe dijangka turun dalam kesebelasan utama buat Los Blancos.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram