GARA-GARA kecuaian pemandu lain, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Paya Besar, Lunas dekat Kulim, Kedah pada Khamis.
Insiden itu juga berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan orang awam yang berada di lokasi kejadian dan dimuat naik semula di laman media sosial pada hari yang sama.
Melalui video berdurasi kurang seminit itu memaparkan mangsa melambung beberapa meter selepas dirempuh kenderaan jenis Perodua Myvi yang didakwa melanggar lampu isyarat.
BACA LAGI: 'Hanya terbayang wajah keluarga tersayang', Hasli trauma imbau tragedi helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, dalam kejadian pukul 8 malam itu menyebabkan mangsa seorang lelaki mengalami kecederaan parah di kaki dan badan.
Turut tular beberapa gambar memaparkan motosikal mangsa yang remuk teruk sehingga tinggal rangka.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram