Jangan berhenti tepi jalan, Perhilitan nasihat pemandu berhati-hati 2 serangan harimau berturut-turut di Lebuhraya Timur-Barat


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Perhilitan mengesyaki kedua-dua serangan itu dilakukan oleh harimau yang sama kerana jarak masa dan geografi yang berdekatan.

BERIKUTAN dua kes serangan harimau telah laporkan baru-baru ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) meminta orang ramai lebih berhati-hati ketika melalui Lebuhraya Timur-Barat antara Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan berikutan kawasan tersebut sering kali menjadi laluan haiwan liar tersebut.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusof Shariff menekankan aspek keselamatan berikutan dua serangan harimau di kawasan itu dan dinasihatkan untuk mengelak daripada berhenti di tepi jalan semasa memandu di kawasan berkenaan.

"Kami menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan tidak memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan.

"Amaran ini amat penting untuk laluan antara Hentian Rehat Titiwangsa dan Jeli," katanya.

BACA LAGI: Murid darjah satu maut, motor ditunggang abang umur 10 tahun dilanggar van di Baling

BACA LAGI: [VIDEO] Tak reti sabar, rider melambung ke udara dirempuh Myvi langgar lampu merah di Kulim

Pada Selasa (15 Oktober), seorang lelaki berusia 54 tahun di Bersia, Gerik dilaporkan dibunuh harimau berhampiran sebuah kuarters pekerja di Bagan Balak, KM79 lebuh raya itu.

Kemudian, pada Khamis (17 Oktober), seorang warga Myanmar turut maut diserang harimau berhampiran ladang cili di Batu Melintang, Jeli.

1450304

Perhilitan mengesyaki kedua-dua serangan itu dilakukan oleh harimau yang sama.

Yusof menyatakan pihak Perhilitan mengesyaki kedua-dua serangan itu dilakukan oleh harimau yang sama kerana jarak masa dan geografi yang berdekatan.

"Kami sedang menyiasat punca serangan ini," ujarnya.

Beberapa faktor telah dikemukakan termasuk kecederaan pada harimau itu yang berkemungkinan menyebabkan haiwan itu berkelakuan tidak lazim.

“Kami telah memasang perangkap dan kakitangan kami sedang giat memantau kawasan itu. Usaha kami tertumpu kepada menangkap harimau itu menggunakan kaedah yang sesuai,” jelasnya.

Terdahulu, dua serangan harimau membabitkan seorang warga tempatan berumur 54 tahun itu dijumpai sekitar 100 meter dari rumah kongsi dan seorang warga Myanmar yang ditemui dengan kesan kecederaan parah pada tubuh, selain paha kiri putus selepas lebih 12 jam dilaporkan hilang dari rumah kongsi.— The Star/IVAN LOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram