Kerajaan perkenal cukai dividen 2 peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Cukai dividen pada kadar dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM 100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.

KERAJAAN bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ikhtiar itu dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit.

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan buat 5.2 juta murid tak kira pendapatan ibu bapa

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan RM600 juta buat Nadma hadapi musibah banjir

"Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan Kerajaan seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), amanah saham di bawah PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan pendapatan dividen dari luar negara," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Belanjawan kali ini merupakan yang ketiga dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram