Kepala bayi 2 bulan alami pendarahan dalaman, selepas diambil dari rumah pengasuh di Iskandar Puteri


  • 112
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Bayi perempuan berusia dua bulan itu kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

SEORANG pengasuh ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia dua bulan yang mengalami pendarahan dalaman di kepala selepas diambil dari rumahnya pada awal bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.30 petang, pada 5 September lalu.

Menurutnya, polis menerima satu laporan berkenaan bayi perempuan berusia dua bulan dalam keadaan lemah semasa diambil dari rumah pengasuh.

BACA LAGI: G25 sokong gesaan tubuh RCI berhubung dakwaan dera, eksploitasi kanak-kanak di rumah amal GISB

BACA LAGI: Beroperasi tanpa permit dan langgar syarat lesen, MPS tutup 16 premis GISB di Rawang

WhatsApp Image 2024-10-18 at 12.50.37

Bayi perempuan berusia dua bulan itu dalam keadaan lemah semasa diambil dari rumah pengasuhnya.

"Bayi tersebut dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan hasil imbasan CT scan mendapati dia mengalami pendarahan dalaman dalam kepala.

"Tertuduh didakwa di mahkamah pada 7 Oktober dan kes disebut semula pada 3 November," katanya dalam satu kenyataan.

Kumarasan berkata, suspek warga tempatan yang berumur 45 tahun itu menetap di kawasan Iskandar Puteri.

"Suspek ditangkap pada 6 Oktober selepas arahan tuduh diterima dan dibawa untuk pertuduhan di mahkamah Johor Bahru pada keesokan harinya. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram