SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Sungai Tiram dekat Ulu Tiram, Johor pada Khamis.
Kejadian kira-kira pukul 10.21 pagi itu membabitkan seorang pelumba litar yang dikenali sebagai Amidd Tiram.
Kemalangan tersebut dirakam menerusi papan pemuka kenderaan (dashcam) sebelum dikongsikan menerusi laman sosial pada hari yang sama.
BACA LAGI: Remaja 20 tahun tergamak rodok belakang ibu lepas datuk keluar rumah di Jempol
BACA LAGI: Lagi kes keracunan makanan, kali ini 15 pelajar SBP Jempol dirawat di wad
Punca sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti.
Bagaimanapun berdasarkan perkongsian seorang pengendali Facebook yang juga rakan kepada mangsa, individu yang dikenali sebagai Berry Pitt itu menepis dakwaan segelintir warga maya yang menyatakan bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada tindakan mangsa yang cuba memotong di garisan berkembar.
"Kalau tengok pada keadaan gambar kemalangan mungkin ramai yang beri andaian dan tanggapan akan cakap arwah memotong double line (atau) potong kereta tak lepas.
"Alhamdulillah ada video untuk menyangkal tuduhan itu pada arwah Amidd Tiram. Sekurang-kurangnya arwah pergi dengan tenang tanpa tuduhan dan ada yang bercakap kurang baik pasal arwah," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram