KETEGANGAN di Timur Tengah tidak menunjukkan sebarang petanda untuk reda walaupun untuk seketika suhunya menurun.
Sebelum ini, konflik melibatkan wilayah haram Israel dengan gerakan Hezbollah dari Lubnan dilihat tenang seketika selepas mereka berbalas serangan sebelum ini.
Namun begitu, ia dilihat tidak bertahan lama apabila kedua-dua pihak kembali bertarung pada Isnin.
BACA LAGI: Israel serang Beirut, ketua komander Hezbollah antara terkorban
BACA LAGI: Sinwar 'mastermind' 7 Oktober, ganti Haniyeh ketuai Hamas
Serangan roket antara Israel dan Hezbollah berlaku secara besar-besaran pada Ahad.
Namun begitu, serangan bertali arus yang dilancarkan oleh Hezbollah yang dipimpin Hassan Nasrallah serta disokong Tehran tidak mampu untuk dihalang oleh Israel dengan rejim itu dikatakan hilang keupayaan dan terpaksa mempertahankan diri daripada serangan strategik.
Menurut jurucakap kerajaan Israel, David Mencer mengatakan yang keadaan semasa tidak lagi mampu ditampung oleh mereka dek melihat jumlah penduduk wilayah haram itu terpaksa berpindah menyelamatkan diri.
"Situasi sekarang tidak begitu baik. Israel akan lakukan apa yang perlu untuk membantu penduduknya kembali ke wilayah ini," kata Mencer.
Situasi tegang antara Israel dengan Hezbollah menyebabkan segalanya tidak kena di wilayah haram tersebut. Jadual persekolahan mereka turut terganggu dengan anak-anak Israel dijangka ketinggalan dalam pendidikan.
Malah, bantuan daripada institusi kewangan juga perlu dipanjangkan bagi membantu penduduk yang berpindah. Dalam jangka masa panjang, kadar hutang dalam kalangan penduduk negara tersebut akan meningkat.
Sebelum ini, Israel melancarkan 100 jet pejuang ke kem Hezbollah dekat selatan Lubnan. Mereka juga membunuh seorang komando Hezbollah di Beirut, Lubnan pada Julai. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram